Friday, July 24, 2015

MENGGABUNG QADHA PUASA RAMADHAN DENGAN PUASA SUNNAT SYAWAL

"Bolehkah Puasa Sunnat Syawal digabungkan dengan Qadha Puasa Ramadhan?" demikian soalan yang saya dengar beberapa hari mutakhir ini.

Sehubungan dengan persoalan itu mari kita perhatikan Sabda Rasululluh SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya : “Barang siapa yang melaksanakan puasa Ramadan, kemudian dia ikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa selama setahun.” (HR. Ahmad 23533, Muslim 1164, Turmudzi 759, dan yang lainnya)

Berdasarkan kepada hadis tersebut maka jumhur 'ulama berpendapat bahawa hendaklah dilakukan terlebih dahulu qadha puasa Ramadahan sebelum melaksanakan puasa sunnat Syawal. Yang demikian adalah kerana mengikut Imam Ibnu Utsaimin seseorang yang ada hutang puasa Ramadhan belum disebut telah menyempurnakan Puasa Ramadhan. Oleh itu dia tidak mendapat pahala puasa 6 hari di bulan Syawal, kecuali setelah selesai qadha. (Majmu’ Fatawa, 19/20).

Sementara itu Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani menyatalan dalam kitab Furu' Al-Masa'il Wa Usul Al-Wasail, bahawa puasa yang fardhu boleh digabungkan dengan puasa sunnat. Merujuk kepada pendapat itu maka Uztaz Don Daniyal dalam suatu klip video menjawab soalan seperti yang dinyatakan di atas bahawa puasa qadha boleh digabungkan dengan puasa sunnat Syawal. 

Dalam klip video lain Ustaz Azhar Idrus menerangkan bahawa lebih ramai ulama menganjurkan qadha puasa Ramadhan dan puasa sunnat Syawal dilaksanakan secara berasingan. Oleh itu beliau berpendapat bahawa melaksanakannya secara berasingan adalah lebih afdal.

07 Syawal 1436H


Tuesday, July 7, 2015

LAILATUL QADR

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah SWT. Saat ini kita berada pada 10 malam terakhir bulan yang penuh baraqah, Ramadhan al-Mubaraq. Dengan bersandarkan beberapa hadis para ulama umumnya berpendapat bahawa Malam Lailatul Qadr berlaku pada 10 malam terakhir tersebut terutama pada malam-malam yang ganjil bilangannya iaitu samada malam ke-21, 23, 25, 27 dan 29, seperti hadis-hadis berikut: 

(1) Daripada Aisya R.Anha katanya, Rasulullah SAW biasa melakukan i'tiqaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan dan bersabda, 

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
"Carilah Malam Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan." -(HR. Bukhari)

(2) Daripada Mu'awiyah Bin Abu Sufyan, katanya Rasulullah SAW bersabda:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ
Lailatul Qadr ialah pada malam ke-27 (bulan Ramadhan). - (HR. Abi Dawud)

(3) Daripada Salim bahawa ayahnya memberitahu seorang laki-laki telah bermimpi bertemu Lailatul Qadr pada malam ke 27 (bulan Ramadhan). Lalu Rasulullah SAW bersabda:
أَرَى رُؤْيَاكُمْ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ فَاطْلُبُوهَا فِي الْوِتْرِ مِنْهَا
Aku melihat bahawa mimpimu itu sesuai berkenaan 10 malam terakhir (bulan Ramadhan). Maka carilah ia pada bilangan-bilangan yang ganjil (10 malam tersebut). - (HR. Muslim)

(4) Daripada Ibnu Abbas katanya Rasulullah SAW bersabda;
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى، فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى، فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى
Carilah Malam Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan, iaitu 9 atau 7 atau 5 malam terakhir daripada 10 malam terakhir Ramadahan (iaitu, malam ke 21, 23 dan 25). - (HR. Bukhari)

(5) Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda;
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي السَّبْعِ الأَوَاخِرِ
Carilah Lailatul Qadr pada tujuh yang akhir (bulan Ramadhan) - (HR. Muslim)

Malam Lailatul Qadr dan Al-Qur'an
Allah SWT menurunkan al-Qur'an pada waktu Lailatul Qadr, iaitu suatu malam yang penuh baraqah sebagaimana firman-Nya:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. (Ad-Dukhaan:3)

Itulah malam al-Qadr yang ada pada bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah SWT: 
 شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ
 Maksudnya: Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran (Al-Baqarah : 185)

Kelebihan Malam Lailatul Qadr
Adapun kelebihan Malam Lailatul Qadr adalah seperti yang boleh difahami pada hadis berikut:

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa yang melaksanakan shaum Ramadhan karena iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan barangsiapa yang menegakkan lailatul qadar karena iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya. - (HR. Bukhari)

Disunnatkan memperbanyak Doa Memohon Keampunan
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abdullah Bin Buraidah bahawa Aisya R.Anha bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, jika aku mendapati Lailatul Qadr, apakah doa yang sebaik-baiknya aku panjatkan?" Baginda menjawab: Berdoalah:
اللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَعْفُ عَنِّى
ALLAAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN TUHIBBUL 'AFWA FA'FU 'ANNIY
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Yang menyukai maaf, maka berilah kemaafan kepadaku.

Rujukan:
(1) "Tafsir Ibnu Katsir" (Terjemahan), Pustaka Imam Asy-Syafi'i, Bogor (2004)
(2) Kitab-kitab hadis seperti yang dinyatakan pada petikan hadis berkenaan.



Wednesday, July 1, 2015

TAKBIR HARI RAYA

Insya Allah hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya 'Ied-al-Fitr. Antara amalan yang dianjurkan ialah bertakbir. Waktunya ialah sebaik sahaja berakhirnya Ramadhan atau masuk waktu maghrib pada 1 haribulan Syawal dan berakhir ketika imam selesai dari khutbah hari raya.

Sebilangan besar umat Islam di Malaysia, baik dewasa mahupun kanak-kanak hafal dan boleh mengalunkan takbir hari raya. Ini adalah kerana di negara ini takbir hari raya akan kedengaran berkumandang di sana-sini, terutama di corong radio dan kaca televisyen setiap kali tiba Hari Raya 'Ied-al-Fitri juga 'Ied-al-Adha. Sayangnya kebanyakan menghafalnya bersumberkan "audio" semata-mata. Di kaca tv, kadangkala disertakan tulisan bacaan takbir itu tetapi masih tidak begitu ramai yang memerhatikannya. 

Mungkin disebabkan cara kita di negara ini mengalunkan takbir itu dengan syahdu dan sangat sedap kedengaran maka ramai seakan menganggap takbir hari raya itu sama seperti dendangan qasidah atau lagu. Oleh itu ramai yang tidak peka atau ambil berat akan cara sebutan bait-bait dalam ayat-ayat takbir itu. Akibatnya sering berlaku kesalahan ketika mengumandangkan takbir hari raya, termasuklah oleh kalangan "pemimpin-pemimpin takbir" pada malam hari raya di masjid atau surau, juga ketika mengalunkannya di tempat-tempat menunaikan solat 'ied.

Berikut dinukilkan lafaz takbir hari raya beserta terjemahannya:


اللّٰهُ أَكْبَرُ اللّٰهُ أَكْبَرُ اللّٰهُ أَكْبَرُ، لآ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْد
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar dan bagi Allah sahaja segala pujian

Rangkap ini mula-mula dibaca oleh orang yang memimpin takbir kemudian diikuti oleh orang ramai dengan bacaan yang sama. Cara itu dilakukan sebanyak 3 kali, kemudian orang yang memimpin takbir meneruskan ke rangkap berikutnya seperti di bawah ini.


اللّٰهُ أَكْبَرُ اللّٰهُ أَكْبَرُ اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللّٰهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar, sungguh Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

dan meneruskan ke rangkap berikut:

لَآ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّآ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain Dia, dengan penuh keikhllasan memurnikan agamanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Perlu diingat bahawa perkataan akhir pada rangkap tersebut ialah  الْكَافِرُوْنَ dan janganlah hendaknya ditukar atau ditokok tambah sebagaimana yang biasa kita dengar ada yang menukarnya kepada الْمُشْرِكُوْنَ atau الْمُنَافِقُوْنَ, bahkan ada yang menambah:
وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْمُنَافِقُوْنَ

Orang yang memimpin takbir boleh juga ke rangkap berikut terlebih dahulu sebelum rangkap di atas:

لَآ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ 
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, Dia menepati segala janji-Nya dan menolong hamba-Nya, dan memuliakan tentera-Nya, dan menghancurkan musuh-Nya bersendirian

seterusnya:

لآ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ

Tiada tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar dan bagi Allah sahaja segala pujian

diikuti oleh orang ramai dengan lafaz;

اللّٰهُ أَكْبَرُ اللّٰهُ أَكْبَرُ اللّٰهُ أَكْبَرُ، لآ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْد
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar dan bagi Allah sahaja segala pujian


Lafaz Takbir Hari Raya dan terjemahannya yang berikut adalah dalam bentuk jpg. Anda boleh download dengan cara "right-click" pada imej dan pilih "save image as", seterusnya menaip nama imej tersebut pada folder pilihan anda. 


Bimbingan cara bertakbir yang baik oleh Ustaz Rosli Md Zain boleh diikuti pada klip video berikut:


15 Ramadhan 1436H

Monday, June 29, 2015

DOA SELEPAS SOLAT TARAWEH

Doa yang paling panjang selepas solat yang biasa dibaca oleh Imam di masjid tempat kami selalu solat ialah doa selepas solat taraweh. Mungkin kerana begitu panjang, dan hendak menyelesaikannya dengan cepat, kadangkala tidak jelas apa yang dibaca oleh tok imam.

Sebagai makmum yang mengaminkan doa itu adalah lebih bermakna jika kita ketahui maksud doa yang dibaca. Mudah-mudahan dengan memahami makna doa itu kita dapat mengaminkannya dengan lebih tawadhu dan penuh pengharapan akan Rahmat dari Allah seterusnya redha dengan ketentuan-Nya.

Lafaz dan Terjemahan Doa selepas Solat Taraweh

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرّحِيْمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعٰلَمِيْنَ، وَ ٱلصَلَاةُ وَٱلسَلاَمُ علَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ أجْمَعِينَ۔
Segala puji hanya tertentu bagi Allah, Pencipta sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW, dan ke atas keluarga serta para sahabt baginda.

ٱللَّهُمَّ ٱجْعَلْنَا بِٱلْإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ
ALLAAHUMAJ 'ALNAA BIL IYMAANI KAAMILIYN
Ya Allah, jadikanlah iman kami bersama orang-orang yang sempurna imannya

وَ لِفَرَائِضِكَ مُئَدِّيْنَ
WA LIFARAIDIKA MUADDIYN
yang menunaikan segala yang Engkau fardukan

ولِلصّلاَةِ حَافِظينَ
WA LISSOLAATI HAAFIDHIYN
yang memelihara solatnya

وَ لِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ
WALIZZAKAATI FAA'ILIYN
yang menyempurnakan zakat

وَ لِمَا عِنْدَكَ طَالِبِينَ
WA LIMAA 'INDAKA TOOLIBIYN
yang mengingini segala yang ada di sisi-Mu

وَ لِعَفْوِكَ رَاجِينَ
WA LI'AFWIKA ROJIYN
yang sangat mengharap keampunan-Mu

وَ بِٱلْهُدَى مُتَمَسِّكِينَ
WA BILHUDAA MUTAMASSIKIYN
yang berpegang teguh kepada petunjuk-Mu

وَ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضِينَ
WA 'ANILLAGHWI MU'RIDIYN
yang menjauhi perbuatan lagha (sia-sia)

وَ فِى ٱلدُّنْيَا زَاهِدِينَ
WA FID DUNYAA ZAAHIDIYN
yang zuhud (tidak tergoda) akan kehidupan dunia

وَ فِى ٱلْآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ
WA FIL AAKHIRATI ROOGHIBIYN
yang sangat gemar akan kehidupan akhirat

وَ بِٱلْقَضَاءِ رَاضِينَ
WA BIL QADAAI ROODZIYN
yang redha akan ketentuan dari-Mu

وَ بِٱلنُّعَمَاءِ شَاكِرِينَ
WA BINNU  'AMAAI SYAAKIRIYN
yang mensyukuri nikmat yang Engkau beri

وَ عَلَى ٱلْبَلَاءِيَا صَابِرِينَ
WA 'ALAL BALAAIYAA SOOBIRIYN
yang sabar menempuh dugaan dari-Mu

وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى ٱللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ سَاٸِرِينَ
WA TAHTA LIWAAI SAYYIDINAA MUHAMMADIN SOLLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAMA YAUMAL QIYAAMATI SAAIRIYN
yang bernaung di bawah panji-panji Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat

وَ إِلَى ٱلْحَوْضِ وَارِدِينَ
WA LIL HAWDI WAARIDIYN
yang mendatangi telaga (Nabi Muhammad SAW)

وَ فِى ٱلْجَنَّةِ دَاخِلِينَ
WA FIL JANNATI DAAKHILIYN
yang masuk ke dalam syurga

وَ عَلَى سَرِيرَهِ ٱلْكَرَامَةِ قَاعِدِينَ
WA 'ALAA SARIYRATIL KARAAMATI QAA'IDIYN
yang menduduki sariyr (tempat bersemayam, katil) yang indah

وَ بِحُورٍ عِينٍ مُتَزَوِّجِينَ
WA BIHUURIN 'IYNIN MUTAZAWWIJIYN
yang memperoleh bidadari sebagi pasangan

وَ مِن سُندُسٍ  وَ إِسْتِبْرَقٍ وَ دِيبَاجٍ مُتَلَبِّسِينَ
WA MIN SUNDUSIN WA ISTIBRAQIN DIYBAAJIN MUTALABBISIYN
yang memakai pakian sutera syurga

وَ مِن طَعَامِ ٱلْجَنَّةِ آكِلِينَ
WA MIN TO'AMIL JANNATI AAKILIYN
yang makan makanan syurga

وَ مِن لَّبَنٍ وَ عَسَلٍ مُّصَفَّيْنِ شَارِبِينَ
WA MIN LABANIN WA 'ASALIM MUSOFFAYNI SYAARIBIYN
yang merasa kenikmatan susu dan madu sebagai minuman

بِأَكْوَابٍ وَ أبَارِيقَ وَﮐَﺄْسٍ مِن مَّعِينٍ
BI AKWAABIN WA ABAARIYQA WA KA'SIN MIN MA'IYN
pada mangkuk dan cangkir-cangkir yang indah

مَعَ الَّذَينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيّينَ وَاصِّدِّقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَ الصَّلِحِينَ
bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat dari kalangan para nabi, orang-orang siddiyq, para syuhadaa serta orang-orang soleh

اللّٰهُمَّ اﻟجْعَلْنَا فِى هَذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّهْرِ الشَّرِيفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُعَدَاءِ الْمَقْبُولِينَ
ALLAAHUMMAJ 'ALNAA FIY HAZIHIL LAYLATISY SYAHRISY SYARIYFATIL MUBAARAKATI MINAS SU'ADAAIL MAQBUULIYN
Ya Allah, jadikanlah bagi kami malam pada bulan yang mulia ini sebagai malam yang penuh berkah yakni orang-orang yang merasa bahagia disebabkan semua ibadahnya diterima

وَلَا تَجْعَلْنَا اللَّهُمَّ مِنَ الْأَشْقِيَاءِ الْمَرْدُودِينَ  
WA LAA TAJ'ALNAA ALLAHUMMA MIN AL-ASYQIYAAIL MARDUUDIYN
dan janganlah Engkau jadikan kami dari kalangan orang-orang yang celaka yang amalnya ditolak

إِلٰهَنَا عَافِنَا وَ اعْفُعَنَّا
ILAAHANAA 'AAFINAA WA' FU'ANNAA
Wahai Tuhan kami, sejahterahkanlah kami dan hapuskanlah segala dosa kami

وَ اغْفِرِ اللَّهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلِأُمَّهَاتِنَا
WAGHFIRILLAAHUMMA LANAA WA LIWALIDIYNAA WA LI UMMAHAATINAA
ampunkanlah kami, ya Allah, dan (ampunkanlah) juga bapak-bapak dan ibu-ibu kami

وَلِإِخْوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا 
WA LI IKHWAANINAA WA LI IKHWAATINAA
dan (ampunkanlah) saudara-saudara kami, lelaki dan perempuan

وَلِأَزْوَاجِنَا وَلِأَهلِنَا وَلِأَهلِ بَيْتِنَا
WA LI AZWAAJINAA WA LI AHLINAA WA LI AHLI BAYTINAA
dan (ampunkanlah) para isteri kami, keluarga kami serta para ahli rumah kami 

وَلِأَجْدَادِنَا ولِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَاءِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا
WA LI AJDAADINAA WA LI JADDAADINAA WA LI MASYAAIKHINAA WA LI MU'ALLIMINAA
dan (ampunkanlah) semua datuk kami, nenek kami, para syaikh dan guru kami

وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَلْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنهُمْ وَالْأَمْوَاتِ
WA LI JAMIY'IL MUSLIMIYNA WAL MUSLIMAAT WAL MU'MINIYNA WAL MU'MINAAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT
dan (ampunkanlah) segenap orang-orang Islam lelaki dan perempuan, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, samada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal

وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلَامَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا
WAKTUBILLAAHUMMAS SALAAMATI WAL 'AAFIYATI 'ALAYNAA
dan catitkanlah kiranya, ya Allah, keselamatan dan kesihatan untuk kami

وَ عَلَى عَبِيدِكَ اﻟحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَارِ
WA 'ALAA 'ABIDIYDIKAL HUJJAAJI WAL GHUZZAATI WAZ ZUWAAR
dan untuk para hamba-Mu yang telah menunaikan haji, dan orang-orang yang menyendiri kerana mengabdi kepada-Mu, dan orang-orang yang berziarah

والْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيمِينَ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ مِنَ المُسْلِمِينَ
WAL MUSAFIRIYNA WAL MUQIYMIYNA FIL BARRI WAL BAHRI MINAL MUSLIMIYN
dan untuk orang-orang Islam yang bermusafir serta yang bermukim samada di darat mahupun di laut

وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ، وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ، يَامُجِيبَ السَّاىِٕلِينَ
WA QINAA SYARRADH DHOOLIMIYN, WANSURNAA 'ALAL QAUMIL KAFIRIYN, YAA MUJIYBAS SAAILIYN
Jauhkanlah kami daripada kejahatan orang-orang zalim dan bantulah kami menghadapi orang-orang kafir, wahai Yang Memperkenankan segala permintaan orang-orang yang meminta.

وَاخْتِمْ لَنَا يَارَبَّنَا مِنكَ بِخَيْرِ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
WAKHTIM LANAA YAA ROBBANAA MINKA BIKHAIRI YAA ARHAMAR ROOHIMIYN
Akhirilah kehidupan kami ini, wahai Tuhan kami dengan segala kebaikan dari-Mu, wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
WA SOLLALLAAHU 'ALAA KHAIRI KHALQIHI MUHAMMADIN WA 'ALAA AALIHI WA SOHBIHI WA SALLAM
Salawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk-Nya, Muhammad dan keluarga serta para sahabat baginda seluruhnya.

وَالْحومْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
WAL HAMDU LILLAAHI ROBBIL 'AALAMIYN
Segala Puji hanya tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Rujukan:

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, "Panduan Sembahyang Sunat Tarawih", Cetakan ke-16 (2014)",  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, W.P. Putrajaya, Malaysia. pdf
  2. Akmal Hj. Mhd. Zain, "Bimbingan Lengkap Solat-Solat Sunnat", Cetakan Ke-4 (1998), Darul Nu'man, Kuala Lumpur, Malaysia.

13 Ramadhan 1436H

Sunday, June 28, 2015

"TARAWEH EXPRESS"


Taraweh sebanyak 23 rakaat (20 rakaat taraweh ditambah dengan 3 rakaat witir) dalam video ini dikatakan dilaksanakan dalam masa 7 minit sahaja. Sudah tentu timbul banyak tandatanya mengenainya, terutama sekali dari segi sah-nya solat sedemikian.

Sah atau Tidak?

Seseorang boleh menilai keabsahan sesuatu ibadah itu dengan melihat keadaan zahiriyah ibadah itu dilakukan, iaitu memenuhi syarat dan rukun wajib serta tiada pembatal padanya.

Sebagaimana seseorang boleh menilai keabsahan ibadah diri sendiri, maka dengan cara yang sama orang itu boleh menilai keabsahan ibadah orang lain.

Diterima atau Tidak?

Samada ibadah seseorang itu diterima atau tidak, hanya Allah yang mengetahui. Itu adalah rahsia Al-Khaliq dan makhluk tidak akan tahu. Oleh itu kita hanya boleh berdoa dan berharap agar Allah menerima amal ibadah kita.

Nabi Ibrahim setelah selesai membangun kembali ka'bah bersama Nabi Ismail AS, baginda berdoa kepada Allah:
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Ya Allah, terimalah amal kami, sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. al-Baqarah: 127).
Yang Sah dan Yang Diterima

Setiap yang tidak sah sudah pasti tidak diterima, sedangkan yang sah belum tentu semua diterima.

Thuma'ninah Pada Solat

Diceritakan daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang laki-laki yang masuk ke mesjid dan solat 2 rakaat. Sesudah selesai laki-laki itu menghampiri Rasulullah SAW yang ketika itu berada di mesjid. Rasulullah SAW kemudian menyuruh laki-laki itu mengulangi solatnya. Sabda baginda:


ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
“Ulangilah solatmu karena sesungguhnya engkau belum solat”
Laki-laki itupun mengulangi solatnya dan kembali menghampiri Rasulullah SAW, namun baginda tetap menyuruhnya mengulangi solatnya itu. Sampai ketiga kalinya laki-laki itupun berkata kepada Rasulullah SAW:


وَالَّذِى بَعَثَكَ بِالْحَقِّ فَمَا أُحْسِنُ غَيْرَهُ فَعَلِّمْنِى
Demi yang mengutusmu membawa kebenaran, aku tidak boleh melakukan solat sebaik dari itu. Maka ajarilah aku!
Maka Rasulullah SAW membimbing laki-laki itu cara solat yang betul. Sabda baginda:


إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَكَبِّرْ ، ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا ، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِى صَلاَتِكَ كُلِّهَا
Jika engkau mulai solat, maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat Al Qur’an yang mudah bagimu. Lalu ruku’lah dan sertai thuma’ninah ketika ruku’. Lalu bangkitlah dan beri’tidallah dengan berdiri sempurna. Kemudian sujudlah sertai thuma’ninah ketika sujud. Kemudian bangkitlah dan duduk antara dua sujud sambil thuma’ninah. Kemudian sujud kembali sambil disertai thuma’ninah ketika sujud. Lakukan seperti itu dalam setiap shalatmu.” (HR. Bukhari 793 dan Muslim 397).
Dalam riwayat ini, Rasulullah SAW tidak mengatakan samada solat laki-laki itu diterima oleh Allah SWT atau sebaliknya. Baginda hanya menilai solat laki-laki itu dari segi keabsahannya. Baginda menyuruhnya untuk mengulangi solat itu kerana terdapat kekurangan pada rukun solat, iaitu thuma'ninah. Demikian pentingnya rukun ini sehingga dalam hadis yang dinyatakan di atas Rasulullah SAW menegaskannya berkali-kali iaitu ketika ruku', i'tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Kalau kita perhatikan pada klip video ini, langsung tiada thuma'ninah padanya.

Pengertian dan Kepentingan Thuma'ninah dalam Solat

Dari segi istilah  thuma'ninah bermaksud diam, aman, atau tenteram anggota (tidak bergerak). (lihat penjelasan lanjut pada klip (video ini). Menurut Ustaz Azhar Idrus thuma'ninah tidak termasuk dalam rukun tetapi termasuk syarat sah rukun. Oleh yang demikian apabila rukun tidak sah bermakna ada rukun yang tidak terpenuhi, maka dengan sendirinya tidak sah solat tersebut.

Ustaz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasisyariah.com) dalam suatu sesi soal jawab mengenai solat yang terlalu laju berpendapat bahawa "bermakmum di belakang orang yang solatnya terlalu cepat dan tidak thuma'ninah boleh menyebabkan solat batal dan wajib diulang".

Sumber Hadis:

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَجُلاً، دَخَلَ الْمَسْجِدَ يُصَلِّي وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ، فَجَاءَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَقَالَ لَهُ ‏"‏ ارْجِعْ فَصَلِّ، فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ‏"‏‏.‏ فَرَجَعَ فَصَلَّى، ثُمَّ سَلَّمَ فَقَالَ ‏"‏ وَعَلَيْكَ، ارْجِعْ فَصَلِّ، فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ‏"‏‏.‏ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ فَأَعْلِمْنِي‏.‏ قَالَ ‏"‏ إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ، وَاقْرَأْ بِمَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ، سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ وَتَطْمَئِنَّ جَالِسًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلاَتِكَ كُلِّهَا ‏"‏‏.

(Sahih Al-Bukhari: 6667)



Saturday, June 27, 2015

LAFAZ DOA QUNUT

Doa qunut biasanya dilakukan ketika i'tidal pada raka'at kedua solat fardu Subuh dan pada raka'at akhir solat sunat Witir. Umumnya di bulan Ramadhan doa qunut pada solat witir dilakukan pada 15 malam terakhir bulan tersebut.

Lafaz Doa Qunut:

اللّٰهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هدَيْتَ، وَ عَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيْمَنْ تَوَللَّيْتَ، وَبَارِك لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّمَ قَضَيْتَ۔ فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضٰى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِذُّ مَنْ عَادَيْتَ۔ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ۔ وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ۔ وَصَلَّى ٱللّٰهُ عَلَى 
سَيِّدُنَا مُحَمَّدٍ ڹ ٱلنَّبِيِّ ٱلْأُمِّيِّ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ۔

Dalam tulisan rumi:


ALLAAHUMMAHDINIY FIYMAN HADAYTA, WA ‘AAFINIY FIYMAN ‘AAFAIYTA, WA TAWALLANIY FIYMAN TAWALLAYTA, WA BAARIKLIY FIYMAA A’ATHAIYTA, WA QINIY SYARRAMA QADHAIYTA. FAINNAKA TAQDHIY WA LAA YUQDHIY ‘ALAIKA, WA INNAHU LAA YAzILLU MAN WAALAIYTA, WA LAA YA’IzzU MAN ‘AADAYTA. TABAARAKTA RABBANAA WA TA’AALAYTA. WA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIKA. WA SOLLALLAHU ‘ALAA SAYYIDUNAA MUHAMMADININ NABIYYIL UMMIYYI WA ‘ALAA AALIHI WA SOHBIHI WA SALLAM.

Terjemahannya:
Ya Allah, berikan aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang Engkau telah berikan petunjuk, dan sihatkanlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau telah sihatkan, dan muliakanlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau telah muliakan, dan berkatilah segala yang Engkau kurniakan kepadaku, dan jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tentukan; kerana sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Menentukan dan tiada sesiapa yang dapat mengubah ketentuan dari-Mu. Dan sesungguhnya tidak akan hina orang-orang yang Engkau muliakan, dan tidak pula akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkah Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggilah Engkau. Aku mohon ampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. Semoga Allah memberi kesejahteraan kepada junjungan kami Muhammad SAW, seorang Nabi yang ummi serta keatas keluarganya dan para sahabatnya”.


Sumber hadis:
Hadis riwayah Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah: Hadis no 1234, Kitab 5.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ، عَنْ أَبِي الْحَوْرَاءِ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ، قَالَ عَلَّمَنِي جَدِّي رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي قُنُوتِ الْوِتْرِ ‏ "‏ اللَّهُمَّ عَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَاهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ سُبْحَانَكَ رَبَّنَا تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ ‏"‏ ‏.‏
Hadis riwayah An-Nasa'i dalam Sunan An-Nasa'i 1745.

أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ بُرَيْدٍ، عَنْ أَبِي الْحَوْرَاءِ، قَالَ قَالَ الْحَسَنُ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الْوَتْرِ فِي الْقُنُوتِ ‏ "‏ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ ‏"


11 Ramadhan 1436H