Friday, July 24, 2015

MENGGABUNG QADHA PUASA RAMADHAN DENGAN PUASA SUNNAT SYAWAL

"Bolehkah Puasa Sunnat Syawal digabungkan dengan Qadha Puasa Ramadhan?" demikian soalan yang saya dengar beberapa hari mutakhir ini.

Sehubungan dengan persoalan itu mari kita perhatikan Sabda Rasululluh SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya : “Barang siapa yang melaksanakan puasa Ramadan, kemudian dia ikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa selama setahun.” (HR. Ahmad 23533, Muslim 1164, Turmudzi 759, dan yang lainnya)

Berdasarkan kepada hadis tersebut maka jumhur 'ulama berpendapat bahawa hendaklah dilakukan terlebih dahulu qadha puasa Ramadahan sebelum melaksanakan puasa sunnat Syawal. Yang demikian adalah kerana mengikut Imam Ibnu Utsaimin seseorang yang ada hutang puasa Ramadhan belum disebut telah menyempurnakan Puasa Ramadhan. Oleh itu dia tidak mendapat pahala puasa 6 hari di bulan Syawal, kecuali setelah selesai qadha. (Majmu’ Fatawa, 19/20).

Sementara itu Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani menyatalan dalam kitab Furu' Al-Masa'il Wa Usul Al-Wasail, bahawa puasa yang fardhu boleh digabungkan dengan puasa sunnat. Merujuk kepada pendapat itu maka Uztaz Don Daniyal dalam suatu klip video menjawab soalan seperti yang dinyatakan di atas bahawa puasa qadha boleh digabungkan dengan puasa sunnat Syawal. 

Dalam klip video lain Ustaz Azhar Idrus menerangkan bahawa lebih ramai ulama menganjurkan qadha puasa Ramadhan dan puasa sunnat Syawal dilaksanakan secara berasingan. Oleh itu beliau berpendapat bahawa melaksanakannya secara berasingan adalah lebih afdal.

07 Syawal 1436H


No comments:

Post a Comment