Sunday, June 28, 2015

"TARAWEH EXPRESS"


Taraweh sebanyak 23 rakaat (20 rakaat taraweh ditambah dengan 3 rakaat witir) dalam video ini dikatakan dilaksanakan dalam masa 7 minit sahaja. Sudah tentu timbul banyak tandatanya mengenainya, terutama sekali dari segi sah-nya solat sedemikian.

Sah atau Tidak?

Seseorang boleh menilai keabsahan sesuatu ibadah itu dengan melihat keadaan zahiriyah ibadah itu dilakukan, iaitu memenuhi syarat dan rukun wajib serta tiada pembatal padanya.

Sebagaimana seseorang boleh menilai keabsahan ibadah diri sendiri, maka dengan cara yang sama orang itu boleh menilai keabsahan ibadah orang lain.

Diterima atau Tidak?

Samada ibadah seseorang itu diterima atau tidak, hanya Allah yang mengetahui. Itu adalah rahsia Al-Khaliq dan makhluk tidak akan tahu. Oleh itu kita hanya boleh berdoa dan berharap agar Allah menerima amal ibadah kita.

Nabi Ibrahim setelah selesai membangun kembali ka'bah bersama Nabi Ismail AS, baginda berdoa kepada Allah:
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Ya Allah, terimalah amal kami, sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. al-Baqarah: 127).
Yang Sah dan Yang Diterima

Setiap yang tidak sah sudah pasti tidak diterima, sedangkan yang sah belum tentu semua diterima.

Thuma'ninah Pada Solat

Diceritakan daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang laki-laki yang masuk ke mesjid dan solat 2 rakaat. Sesudah selesai laki-laki itu menghampiri Rasulullah SAW yang ketika itu berada di mesjid. Rasulullah SAW kemudian menyuruh laki-laki itu mengulangi solatnya. Sabda baginda:


ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
“Ulangilah solatmu karena sesungguhnya engkau belum solat”
Laki-laki itupun mengulangi solatnya dan kembali menghampiri Rasulullah SAW, namun baginda tetap menyuruhnya mengulangi solatnya itu. Sampai ketiga kalinya laki-laki itupun berkata kepada Rasulullah SAW:


وَالَّذِى بَعَثَكَ بِالْحَقِّ فَمَا أُحْسِنُ غَيْرَهُ فَعَلِّمْنِى
Demi yang mengutusmu membawa kebenaran, aku tidak boleh melakukan solat sebaik dari itu. Maka ajarilah aku!
Maka Rasulullah SAW membimbing laki-laki itu cara solat yang betul. Sabda baginda:


إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَكَبِّرْ ، ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا ، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِى صَلاَتِكَ كُلِّهَا
Jika engkau mulai solat, maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat Al Qur’an yang mudah bagimu. Lalu ruku’lah dan sertai thuma’ninah ketika ruku’. Lalu bangkitlah dan beri’tidallah dengan berdiri sempurna. Kemudian sujudlah sertai thuma’ninah ketika sujud. Kemudian bangkitlah dan duduk antara dua sujud sambil thuma’ninah. Kemudian sujud kembali sambil disertai thuma’ninah ketika sujud. Lakukan seperti itu dalam setiap shalatmu.” (HR. Bukhari 793 dan Muslim 397).
Dalam riwayat ini, Rasulullah SAW tidak mengatakan samada solat laki-laki itu diterima oleh Allah SWT atau sebaliknya. Baginda hanya menilai solat laki-laki itu dari segi keabsahannya. Baginda menyuruhnya untuk mengulangi solat itu kerana terdapat kekurangan pada rukun solat, iaitu thuma'ninah. Demikian pentingnya rukun ini sehingga dalam hadis yang dinyatakan di atas Rasulullah SAW menegaskannya berkali-kali iaitu ketika ruku', i'tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Kalau kita perhatikan pada klip video ini, langsung tiada thuma'ninah padanya.

Pengertian dan Kepentingan Thuma'ninah dalam Solat

Dari segi istilah  thuma'ninah bermaksud diam, aman, atau tenteram anggota (tidak bergerak). (lihat penjelasan lanjut pada klip (video ini). Menurut Ustaz Azhar Idrus thuma'ninah tidak termasuk dalam rukun tetapi termasuk syarat sah rukun. Oleh yang demikian apabila rukun tidak sah bermakna ada rukun yang tidak terpenuhi, maka dengan sendirinya tidak sah solat tersebut.

Ustaz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasisyariah.com) dalam suatu sesi soal jawab mengenai solat yang terlalu laju berpendapat bahawa "bermakmum di belakang orang yang solatnya terlalu cepat dan tidak thuma'ninah boleh menyebabkan solat batal dan wajib diulang".

Sumber Hadis:

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَجُلاً، دَخَلَ الْمَسْجِدَ يُصَلِّي وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ، فَجَاءَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَقَالَ لَهُ ‏"‏ ارْجِعْ فَصَلِّ، فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ‏"‏‏.‏ فَرَجَعَ فَصَلَّى، ثُمَّ سَلَّمَ فَقَالَ ‏"‏ وَعَلَيْكَ، ارْجِعْ فَصَلِّ، فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ‏"‏‏.‏ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ فَأَعْلِمْنِي‏.‏ قَالَ ‏"‏ إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ، وَاقْرَأْ بِمَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ، سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ وَتَطْمَئِنَّ جَالِسًا، ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا، ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلاَتِكَ كُلِّهَا ‏"‏‏.

(Sahih Al-Bukhari: 6667)



No comments:

Post a Comment